Monday, April 19, 2010

Gambar-gambar kesan Pencemaran Udara
















Gambar-gambar Punca Pencemaran Udara





































Pencemaran udara

Mulailah hari ini...

Udara merupakan sumber yang amat penting bagi semua kehidupan. Jelas kita melihat bahawa pencemaran udara amat membahayakan kesihatan kita dan mengancam ekosistem hidupan bumi.

Oleh itu, masyarakat perlulah sedar supaya bekalan udara bersih untuk kehidupan kita dapat dijamin.

FAKTOR-FAKTOR

Pencemaran udara disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor aktiviti manusia dan faktor semulajadi.
Dari aspek semula jadi, antaranya ialah letupan gunung berapi, proses pereputan, ribut pasir dan semburan air laut.
Dari aspek aktiviti manusia pula, aktiviti pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor,menghasilkan gas-gas pencemar seperti nitrogen dioksida, karbon dioksida, silfur dioksida dan karbon monoksida.
Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran juga merupakan penyumbang kepada pencemaran udara. Udara yang diliputi oleh bahan-bahan pencemar seperti gas karbon dioksida, debu dan partikulat yang menyebabkan suasana udara menjadi kabus dan kabur.
penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) yang berpotensi mengeluarkan gas CFC.

KESAN-KESAN

1. Kesihatan manusia
Pencemaran udara secara tidak langsung akan mengganggu sistem pernafasan kita.

2. Pertumbuhan tumbuhan terganggu
Pertumbuhan tumbuhan mengalami kerosakkan seperti keguguran daun, pertumbuhan terbantut dan sebagainya.

3. Hujan asid
Hujan asid disebabkan penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid ini akan menghakis harta benda kita seperti pakaian, bahan binaan bangunan dan sebagainuya

4. Pemanasan global
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global. Pembebasan gas-gas kaobon dioksida yang terkumpul di dalam udara mengakibatkan kenaikan suhu. Manakala lapisan ozon yang kian nipis membenarkan pemancaran sinaran terus cahaya matahari ke bumi kita.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

1. Akta Kualiti Alam Sekitar
Akta ini mengandungi peraturan kenderaan bermotor dan kualiti alam sekitar, peraturan kenderaan bermotor dan menghadakan perlepasan asap kenderaan.

2. Mengurangkan Penggunaan Gas CFC
Sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon.

3. Mengubah Cara Berfikir dan Sikap
kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari kesan kepada jangka masa panjang.

4. Kawalan Kejuruteraan
Kawalan teknikal merupakan kawalan teknikal yang melibatkan kawalan proses penghasilan dan pengeluaran bahan pencemar.